Saturday 21 March 2015

LIMA HARI DI LANGKAWI

Kilim Geoforest Park
21 MAC, SABTU

Merancang 5 hari perjalanan untuk program percutian Islam di Langkawi. Perjalanan dibiayai sendiri sepenuhnya. Sahabat saya Hamidi Shaari akan merancang pakej percutian.

Pukul 3.30ptg, keluar dari pejabat MITRA. Singgah makan di Anytime Restoran. Pukul 4.00petang naik teksi ke KTM Serdang. Dalam KTM, saya tersilap duduk di ruang yang dikhaskan untuk wanita, terperasan rakaman ulang suara umumkan, "pastikan anda di bahagian yang betul, pastikan tidak duduk di ruang khas untuk wanita". Saya bingkas bangun dan berpindah demi menjaga maruah.

Sampai stesen 'Batang Benar', kemudian stesen Nilai.  Di  stesyen Nilai, kami akan naik bas ke KLIA.
KTM Nilai, 300meter menuju ke perhentian bas untuk ke KLIA 2
Harga berubah-ubah mengikut keadaan, ada yang kata harga murah jika beli pada waktu antara 12mlm - 5pg
Flight AK6320, dalam pesawat, pukul 9.15malam, kapal akan mula berangkat
Tiket penerbangan pukul 9.15pm, sejak 6.30ptg, kami sudah berada di KLIA 2, pemandangan sekeliling dinding bangunan akan nampak gambar2 warisan antaranya Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Sultan Abdul Samad Kuala Kangsar, Gopeng Heritage, sawah padi.
Rumah tradisi masyarakat melayu
Dinding bergambar Masjid Jamek Kuala Lumpur
Bibik Heritage
Gambar pemandangan ini ditaja oleh kementerian pelancongan Malaysia. Sementara menunggu kami berbual, antara perkhidmatan yang perlu disediakan untuk kemudahan pelancong adalah kemampuan dialek bahasa pelancong.
2 buah buku untuk memahami bahasa dan dialek Mesir dan Saudi
Semasa dalam pesawat, saya beritahu Hamidi betapa berjasanya pereka kapal terbang. Dia balas, ya. perekanya inggeris, hasil sumabangan pereka muslim Jabir b. Hayyan. Kami tiba di Langkawi sekitar pukul 10.30malam, kami dijemput oleh Farizi abang kembar Hamidi. kami berhenti singgah makan di restoran dan balik bermalam menginap di rumah Hamidi di Kg. Padang Putih, Kedawang.


Nota:  Lapangan terbang Langkawi mula dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960an. Ketika itu masharakat tempatan hanya berjalan kaki ke sana. Ketika Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih, beliau mengubah menjadikan Lapangan Antarabangsa Langkawi.

Peta Pulau Langkawi.
Sumber dari, http://gembara.bf-1.com/malaysia_/langkawi-malaysia
Senarai Tempat di Langkawi, Harga lama, sekarang kali 2.
22 Mac 2015, Ahad

Malam itu saya tak dapat tidur. Paginya dapat tidur sekejap, kepala rasa pening. Bangun dan terus mandi. Di sini hari ahad adalah hari bekerja, sesi sekolah juga bermula. Semasa bersarapan saya teringat di sini ada sungai di Durian Beringin. Saya bercadang mengajak Hamidi ke sungai untuk segarkan badan. Hamidi beritahu sekarang air sungai surut. tak dapatlah mandi sungai.

Tengahharinya, tempat mula-mula yang kami lawati makam mahsuri. Kami keluar jam 1 tengahhari menaiki motorsikal. Singgah di Masjid Saidina Abu Bakar. Disini terdapat satu stesen minyak 'Buroqoil',(kemungkinan mengambil nama kenderaan YM Baginda Nabi Muhammad ketika peritiwa isra' dan mi'raj). 'Buroqoil' hanya didapati di Pulau Langkawi.
Masjid Saidina Abu Bakar
Kami tiba di makam Mahsuri pukul 2.30petang.

Masuk ke Kota Mahsuri, harga tiket RM10
Batu Penanda Masuk ke Kota Mahsuri
Pengunjung dari Phuket, sebuah bas baru tiba. berduyun masuk melawat ke makam mahsuri  

WASIAT
Kata Siti, Tanah ini sekangkang kera Buat anak-anak dihari muka Nilai seharga nyawanya Bersih seputih Darahnya.  Badai semalam bawa padah Air gunung mencurah limpah Membawa lumpur bersama darah MUARA TERHALANG PEDOMAN HILANG JURAGAN MERINTIH DAGANGAN BERKALIH Wasiat Siti namun bisa keris sakti Mampu mencerai badan dan nyawa Aku telah menyemai budi Mampu gamit tamu seantero dunia Tanpa bulu dan warna Budi tunggak utama Dikala itu RUMPUT RAMPAI PENGHIAS KOTA DEBU PASIR DIKIRA PERMATA
Ismail Hanapiah, Padang Saga
Wan Hakim adalah anak hasil perkahwinan Mahsuri dgn Wan Darus. Mengikut generasi Mahsuri di kg. Kemala, Phuket. Anak Wan Hakim seramai 5 orang semuanya perempuan, salah seorang darinya (panggilan biasa kalangan keluarga adalah PHET)
Wan Aishah, Generasi ke-7 Puteri Mahsurri
Ahli keluarga mahsuri yang dahulu (meninggal dunia) dan yang masih ada sekarang

GAMELAN, Satu sudut sebelah dalam, alat2 muzik ini sering dibunyikan sebaik saja pengunjung sampai di sini. 
Anak2 gadis memainkan alat seni disini, mereka mengizinkan kami untuk bergambar.
Waktu dinihari, sekeliannya berangkat turun untuk menyeberang. Hampir Teluk Belanga, turun ribut beserta ombak.. Kenaikan baginda dimasuki air. Sekalipun ditimba dan muatan habis dicampak ke laut, namun kelihatanya sangat sarat dan akan tenggelam. Maka sembah menteri Bupala : Pada pendapat patik mahkota Kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya. Maka diambil oleh Seri Teri Buana akan mahkota khazanah perbendaharaan di bawah jagaan Paduka Mambang itu, lalu di letakkann baginda ke air. Angin berhenti dan laut kembali tenang. Sebaik sampai dan mendarat Seri Teri Buana bertitah : Patutlah kita perbuat negeri tempat ini kerana binatang gagah ada dalamnya dan sebutlah Termasik ini SINGAPURA (ringkasan dari Salatin-sm)
Gambar hiasan yang terdapat pada dinding rumah penghulu di kota mahsuri
Buku 'Mahsuri', ditulis oleh Ismail Hanapiah. Di dalamnya diterangkan salasilah keluarga mahsuri dari tok nenek sehingga anak cucu generasi kemudian
Pandangan depan Kota Mahsuri


Nota: Menurut orang tempatan riwayat kisah mahsuri ada 3 versi. Dari ketiga-tiga versi, ada yang menyimpulkan bahawa tapak makam mahsuri yang dibina sekarang sekadar bagi memenuhi tujuan pelancongan, Bukti sebenar perihal Mahsuri masih belum dijelaskan sepenuhnya peristiwa yang berlaku. Tempat mahsuri dibunuh di Padang Matsirat. Sewajarnya riwayat kisah mahsuri banyak berkisar di Padang Matsirat dan Ulu Melaka. Menurut pertimbangan lain lagi, generasi Mahsuri juga berkait rapat dengan zaman kesultanan Melaka.

23 Mac 2014, Isnin

Menu tengah hari, ketam masak gulai nanas
Ketika makan tengahhari, kami berbual mengenai sejarah Langkawi.

Menurut ayah Hamidi, orang terawal menduduki Pulau Langkawi berasal dari Acheh dan Sumatera. (Sanusi Junid, mantan MB Kedah sblm arwah ust Azizan ada menubuhkan Aceh Development International Conference (ADIC), Beliau dijemput menyampaikan ucaptama majlis perasmian ADIC 2013 yang diadakan di akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Nama Langkawi ini yang berasal dari bahasa Aceh bermakna 'banyak ikan'.

Guru2 yang pernah mengajar ilmu agama di Pulau ini datang dari Ulama Pattani. Dari Tanjung Rhu boleh nampak Thailand (dari T.Rhu ke Songkhla ambil masa sejam perjalanan). Orang tempatan di Tanjung Rhu juga berbahasa Siam sebagai bahasa perantaraan seharian.

Amar memandu kenderaannya
Petang itu saya dihubungi sahabat saya Amar ajak ke sungai di Lubuk Semilang, tak jauh dari situ. Tercapai juga hajat nak mandi sungai.
Terima Kasih kepada Amar @Ammru Alfateh yang sudi mengajak kami mandi sungai petang itu.

Lepas selesai mandi, kami makan bihun sup. Kedai bersetentang dengan Masjid Kg. Ulu Melaka, petang itu ada dibuka pasar malam di dataran bersebelahan masjid.
Pelancong menanyakan jalan kepada Ammar, 
Mahathir Mohamadd: An Illustrated Biography by E.Yu. Buku yang baru dibeli Ammar disediakan dalam keretanya sebagai bacaan santai pelancong yang naik vannya.
Anak salah seorang arab yang datang berkunjung mandi disini. sememangnya orang langkawi faham pelancong arab suka dengan air sungai sesuai dengan cuaca panas di sana (saudi). Disebabkan adik ini waswas, tapi teringin, saya bimbing dia ke kawasan yang sedikit dalam. 

Malam itu kami makan nasi goreng dan teh ais di kedai makcik Hamidi. Kami berbual kisah-kisah kawan lama terselit juga pasal pengajian. Selepas selesai makan, kami terus ke pekan Kuah, menuju Dataran Lang, Langkawi, disana terdapat tugu binaan helang, mercu tanda Pulau Langkawi. Sesuai dengan binaanya ‘Burung Helang’ diatas batu ‘Kawi’, jadi Langkawi. Ada keserasian dengan burung helang dan 'banyak ikan' (bukti citra masharakat tempatan berdaya alami apabila menetapkan nama tempat).

Pelancong arab saudi, ketika datang kesini, ada yang pernah menyinggung, katanya 'ma fi faedah' bermaksud tidak ada faedah (mereka menyifatkan binaan seumpama ini sebagai 'timtsal', menyerupakan binaan dengan makhluk bernyawa). Menurut kisah, untuk membina tugu Langkawi mengorbankan nyawa manusia, dan ketika proses menyiapkan binaan, berlaku gangguan guruh, untuk mencegah dari kejadian ini, mereka meletakkan alquran dalam binaan kepala burung helang, barulah jadi binaan Lang di atas batu Kawi sebagai simbol Pulau Langkawi seperti yang ada hari ini.



Dataran Lang, Langkawi. Telah disempurnakan perasmiaannya pada hari Rabu 23 Oktober 1996 bersamaan 10 Jamadilakhir 1417H oleh Yab Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad 
Satu yang menarik, Langkawi diiktiraf UNESCO sebagai geopark, iaitu destinasi yang mempunyai hasil khazanah batu dan bukit menjangkau ratusan tahun. Ini terdapat di Tanjung Rhu ketika melakukan aktiviti mangrove. Malangnya telah ditarik balik kerana tidak memelihara alam sekitar.
[Photo, Selasa, 24/3/2015, 1100pm], Tarikh Pengisytiharan Langkawi Geopark oleh UNESCO 1.6.2007. Pengiktirafan ini diberikan sewaktu pentadbiran negara oleh Ybhg. Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, 2004 -2008
Nota: Di pekan Kuah, orang Aceh ada yang menetap disini. Dahulunya seorang  penduduk memiliki tanah yang luas. Penduduk tempatan Langkawi yang dahulunya berasal dari Aceh mendapat hak memiliki tanah.  Dahulu, terdapat juga orang-orang dari india yang berkahwin dengan Melayu disini.


24 Mac 2014, Selasa

Mendengar seruan azan, pagi itu saya ke surau kg. Padang Putih. Selepas subuh, membaca berita khabar sahabat2 saya yang terlibat dalam himpunan mansuh GST. Saya mendapat tahu Langkawi terbebas dari cukai GST. Lepas itu saya tidur.

Tengahharinya, kami (saya, Hamidi dan Farizi) ke Haji Ismail Group (HIG) di Kuah. HIG adalah sebuah syarikat perniagaan coklat yang berjaya di Langkawi. Selain menjual coklat, HIG juga menjual alatan pinggan mangkuk (seramik) dan lain2. Menurut kisah, perusahaan yang mula dilakukan Haji Ismail adalah memelihara kerbau. Bapanya seorang penyelia sekolah-sekolah agama. Haji Ismail telah meninggal dunia 5 tahun lalu (2010). Perniagaan diambil alih oleh anak2nya. Mereka mengembangkan lagi perniagaan dengan menubuhkan Kompleks Haji Ismail dengan kadar pembiayaan pinjaman RM100 juta.
Kompleks HIG  ini disokong pembinaan oleh mantan MB Kedah Allahyarham YB Azizan Razak. Hotel yang mula dibangunkan bercitra islam sebelum Hotel Adya 
Ruangan dalam Kompleks Haji Ismail Group HIG
Hamidi beritahu saya sekiranya berkemampuan untuk memulakan perusahaan di Langkawi, dia ingin membuka satu pusat mandian herba (walaupun sekarang ada perkhidmatan SPA), yang mana menurutnya mencirikan pengalaman turki uthmaniyah.

Antara perusahaan lain yang dilakukan orang tempatan Langkawi termasuk menanam padi, jagung, menternak binatang seperti kambing, ayam, burung merbuk dan terkukur (bagi tujuan bunyi-bunyian).

Nota: menanam padi di Langkawi hanya setahun sekali. Berbeza di Indonesia, sebaik saja padi dituai, jerami dibakar mereka langsung menanam jagung. 


Petang itu, kami ke tepi pantai bersebelahan lapangan mendarat kapal terbang. kemudian ke Beras Terbakar, Padang Matsirat.
pemandangan di waktu senja matahari terbenam 
Padang beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17km dari Pekan Kuah. Semasa berlakunya peperangan antara Siam dgn Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di untuk dibakar. 
Taman Tugu Keris, untuk memperingati Mahsuri Puteri lagenda di pulau Langkawi yang dihukum bunuh di tempat ini pada tahun 1234H bersamaan 1819M.

 

melangkah masuk ke kawasan sawah bendang,

luasan pemandangnnya mengusik perasaan
hati merasa keadaan ini menyimpan citasempurna,
citra sanubari masharakatnya masih ada pada luasannya, 
hilang pada warisannya,

semangat itu tidaklah terlalu jauh meninggalkan kita
kenyataan kisah padang beras terbakar, Kg. Raja 
di halaman rumah Ku Halim masih tercatat.

merenungkan jiwa hampa
seakan merasa putus asa dengan naluri ketamadunan, 
ayuh, siramilah Langkawi dengan lagenda 'Helang Kawi'.

25 3 2015
Rabu, 700ptg


Pada sebelah malamnya kami singgah di YB Corner, malam itu ada sambutan majlis menyambut ulangtahun hari lahir Tan Sri. Majlis diraikan dengan persembahan qashidah dari pelajar2 madrasah.
Berhenti makan di YB Corner [photo, 24 Mac 2015, Selasa 12 tghmlm, seusai persembahan qashidah sempena menyambut majlis ulangtahun Tan Sri. Gambar bersama kumpulan qashidah, Tan Sri dan YB adun Kuah) 
(YB Nor Saidi B. Nanyan, adun Kuah 2015) 
25 Mac 2015, Rabu

Petang itu kami ke Makam Purba, Kg. Ulu Melaka. Berhampiran masjid jamek lama Ulu Melaka, bersebelahan Maktab Mahmud (yang dulunya Madrasah Islahiah).

Mengikut kisah berbeza, maqam ini adalaah makam Puteri Mahsuri. Kisah lain mengatakan ia adalaah makam Tun Jana Khatib (rujuk nota Prof.). Manakala riwayat lain lagi mengatakan makam Sultan Muhyiddin Mansor Syah.



MAKAM PURBA
Makam ini panjangnya lebih kurang 236 cm, merupakan kubur lama dan batu nisannya ialahh Batu Nisan Acheh.sditeliti bentuk batu nisan Aceh itu didapati bahawa kubur itu adalah kubur seorang perempuan. Makam lama ini ada kaitan deengan penempatan orang-orang Acheh di Pulau Langkawi pada zaman dahulu. 
Makam ini terletak di Mukim Ulu Melaka, 13 km dari Pekan Kuah. Makam Purba ini telah ditemui pada bulan April, 1975 oleh Ahmad b. Bulat semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk membuat tanah rumahnya.
Sungguhpun ada 3 pendapat berbeza. Di sini ada terdapat lagi 2 makam. menjadikan wajar ketiga lagenda ditempatkan di kedudukan maqamnya yang sama disini.

2 lagi makam di sebelah dalam kawasan berhadapan halaman rumah.
Nota dari blog, http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/08/sultan-muhiyuddin-mansor-syah-bergelar.html..

Nota dari Prof Hafidzi M. Noor:

Di Manakah Tun Jana Khatib.
Apakah generasi hari ini pernah mendengar ini.

"Telur itik di Singgora
Pandan di tengah di langkahi
Darahnya titik di Singapura
Jasadnya terlantar di Langkawi".

Siapakah pendakwah dari Pasai ini, apa hubungannya dengan Singapura? hubungannya dengan kisah singapura di langgar todak, dan dengan serangan Majapahit?...Apa yang berlaku pada 1819 dan 1824? Prof. Dr. Hamka menyebut Singapura ibarat 'burung yang terlepas dari tangan'. Tanah  warisan ini terletak bangunan tinggalan di Kg. Gelam. [sumber,https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206320352193469&set=a.2957992634654.153691.1406644655&type=1&theater]


Sumber Info Langkawi

Pulau Langkawi mempunyai sumber penyampaian infonya yang khas membawakan liputan langsung mengenai Langkawi melalui Langkawi FM. Penyampai radio (DJ) Suriati, adalah mak sedara (maksu) Hamidi. Saya belum berkesempatan berjumpa dengannya. (https://www.facebook.com/djsuriasu2?ref=profile).

Masjid Al-Hana

Masjid Al-Hana merupakan satu pusat penting penyampaian ilmu dan penyebaran dakwah Islam di Langkawi. Semasa saya singgah solat asar di Masjid ini, ada terdapat  banner iklan program mahabbah Rasulullah bersama Sayyid Omar bin Habib Zein bin Sumith yang bakal diadakan pada malam sabtu, 28 Mac 2015, selepas Isya'.

Sumber photo, http://www.langkawi-info.com/attractions/al-hana-mosque.htm
Saya sempat melakukan satu pusingan mengelilingi Langkawi, bermula di tepi pantai sebelah lapangan terbang. Terus ke jeti harbour park, melalui Pusat Penyelidikan UKM, pengkalan NAVY teluk Datai, taman buah, kompleks kraf, galeria perdana, sekolah keb. mahsuri, jalan pandak mayah, masjid alhana, Lembaga pembangunan Langkawi, Yb Corner.


26 Mac 2014

Kami bercadang untuk melakukan aktiviti Island Hopping pada jam 300ptg. Setibanya disana, kami dimaklumkan yang peserta baru saja telah berlepas pada pukul 230ptg tadi.

kami ke Pasar Malam Bohor Temoyong, Pantai Cenang.


Pengunjung dari luar negara
145pagi: Istanbul Restaurat, Pantai Cenang